44 GRADUAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR DIUMUM AHLI IKHTISAS KEDOKTORAN VETERINAR MALAYSIA SECARA MAYA

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi universiti awam pertama menganjurkan Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar dan Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), secara maya.

Pengisytiharan 44 graduan FPV UMK sebagai ahli Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Malaysia telah diumumkan secara serentak oleh Pendaftar Majlis Veterinar Malaysia (MVM), Dr. Akma Ngah Hamid menerusi media sosial rasmi universiti di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok, pada 30 November 2020.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Dekan FPV, Prof. Dr. Mohd Azam Khan Goriman Khan, Presiden MVM, Dato’ Dr. Norlizan Mohd Nor dan Pendaftar MVM, Dr. Akma Ngah Hamid.